KENAPA GAGAL SEMASA TEMUDUGA? SILA BACA ARTIKEL INI..



MENGIKUT Kaji selidik dan pemerhatian, ramai anak muda yang pertama kali ke sesi temuduga atau melangkah kaki ke alam pekerjaan gagal memancing perhatian bakal majikan dan teman sepejabat kerana masalah imej.

Kebanyakan mereka punya kelulusan baik dengan pengalaman kerja yang hebat namun silapnya pada personaliti dan pemakainan yang tidak dapat meyakinkan bakal majikan.Bayangkan,pernah sekali pengurus syarikat guaman mengadu yang hari ini begitu ramai graduan undang-undang yang langsung tidak mencerminkan kredibiliti tegas dan kuat untuk mewakili kehakiman individu lain.


Mana tidaknya,mohon kerja menjadi seorang pegawai perhubungan awam,tapi pakaiannya tidak ubah seperti promoter minyak wangi di 'shooping mall'.Ada juga yang pertama kali menyertai syarikat syarikat koporat bertaraf lima bintang tapi pakaian  yang dipakai berkedut .

Persoalannya,adakah seorang  individu  yang bijak masih gagal berfikir mana yang sesuai dan apa yang tidak patut dilakukan.

Ada banyak faktor menyebabkan kita tidak dilihat sebagai calon pilihan /sesuai bagi memenuhi kerusi yang kosong.Tidak dinafikan ia adalah pengalaman ngeri dan menyedihkan jika gagal,namun perlu optimis dan cari kelemahan itu bagi tidak gagal lagi di temuga yang lain.

Perkara paling mudah menyebabkan seseorang calon itu ditolak mentah - mentah sebelum ditemuduga adalah ketika dia memasukki bilik temuduga.Dengan ketrampilan yang salah ,cara komunikasi yang tidak bagus serta bahasa badan yang lemah sudah boleh memberi anda markah yang sangat kurang.

Malah ketrampilan dan personaliti yang tidak menarik sudah mampu berikan persepsi negatif kepada pihak majikan kerana ia menggambarkan seseorang itu tidak bersedia dan akan mengambil mudah akan kerjanya.

Oleh itu,kita perlu ketahui dan belajar ilmu ketrampilan,komunikasi dan gaya memikat 'pembeli'.Ingat pihak penemuduga adalah manusia juga dan selagi ia berstatus manusia maka setiap tindakan dan keputusannya akan dipengaruhi oleh emosinya.

Jika awal-awal mereka tidak berkenan dengan apa yang ditampilkan anda ketika melangkah  masuk kebilik temuduga /penilaian itu,jangan harap mereka akan tertarik dengan kepakaran anda yang lain..Inilah yang dinamakan 'first impression 'sebagaimana yang dijelaskan dalam artikal utama diatas.

Dengan cara komunikasi yang lemah,bagai membuka kelemahannya sendiri dan mengabaikan peluang terbaik untuk beritahu pihak penemuduga akan apa kelebihan dirinya dan bagaimana dia boleh memenuhi kriteria pekerja mereka inginkan.

Gaya bahasa badan yang lemah dan kurangmenyakinkan menyebabkan pihak penemuduga tidak yakin untuk mengambil anda bekerja kerana ia menunjukkan tahap keyakinan dan pemikiran seseorang itu dalam menangani konflik atau masalah.

Ini adalah sebahagian dari banyak lagi faktor yang menyebabkan seseorang itu menangis keluar dari bilik temuduga.Tapi tiga aspek ini iaitu penampilan,komunikasi dan gaya badan adalah sering dibualkan mengenai sebab seseorang itu gagal dalam temuduga.

Kebanyakannya gagal dalam beberapa saat sahaja bertemu dengan panel temuduga dan belum sempat menunjukkan apa yang dirancangkan sebelum itu.

'First Impression' amat penting.Dalam lingkungan dua hingga saat pertama penilai dari pihak majikan melihat kita dan mereka dapat agak apakah keputusan  temuduga anda.

Kita perlu ambil serius soal ini jika tidak mahu hanya hadir ke sesi temuduga namun hasilnya..haus!

PANDUAN MUDAH SEBELUM MEMBELI KERETA



Memiliki Kenderaan sendiri adalah impian bagi setiap individu.Kini,terdapat pelbagai tawaran dan promosi diperkenalkan untuk anda memiliki kereta impian.Samada anda ingin menjual kereta lama dan membeli kereta yang baharu.Keputusan membeli kereta perlulah difikirkan secara teliti dengan mengambilkira komitmen bayaran bulanan,penyelenggaraan,membaik pulih kenderaan,insurans dan keperluan sekeluarga.

Berikut adalah beberapa tip umum membeli kereta baharu dan terpakai yang boleh dijadikan sebagai panduan:

1.Apabila anda berhadapan dengan penjual kereta,pastikan penjual memaklumkan kepada anda hanrga kereta yang ditawarkan dan kos-kos yang terlibat secara yang terperinci.

2.Pastikan penjanjian yang dibuat adalah mudah.Jangan tergesa-gesa membincangkan untuk menjual kereta lama anda atau pinjaman kereta ,kecuali jika anda bersetuju dengan harga belian.

3.Buat Perbandingan harga antara syarikat penjual kereta yang lain serta promosi /pakej menarik yang memberi kelebihan kepada anda.

4.Anda juga boleh menyemak senarai harga kereta dipasaran semasa melalui surat khabar,iklan-iklan dan risalah-risalah.

5.Pastikan kelengkapan aksesori kereta benar-benar lengkap,seperti perjanjian jual beli,sebelum anda membawa pulang kereta berkenaan.

6.Sebelum berkunjung ke bilik pameran kereta baru,pertimbangkan model-model yang sesuai dengan keperluan anda sekeluarga,dan yang paling penting,mengikut kemampuan anda.Anda boleh melawati beberapa bilik pameran model kereta yang berlainan.

7.Jika boleh,Pandu uji kenderaan untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan anda.

8.Hati-hati dengan sebarang  perubahan terhadap kenderaan .Kemungkinan terdapat kekurangan aksesori pada kenderaan tersebut.

9.Elakkan daripada menerima tawaran,membayar deposit atau perjanjian jual beli kenderaan pada cuti umum atau sewaktu hujung minggu.Sebaik-baiknya lakukan sewaktu hari bekerja.Ini untuk mengelakkan berlakunya penyelewangan daripada pihak ejen.

10.Untuk pembelian kereta terpakai pasatikan dokumen pemilik kenderaan lama telah pindak milik sepenuhnya kepada anda dan mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM.

BERIKUT disertakan serba ringkas prosedur membeli kereta bermula daripada membuat tempahan sehinggalah setelah menerima kenderaan.

1.SEMASA MEMBUAT TEMPAHAN
- Tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau bank draf.Bayaran tunai tidak digalakkan.
-Pastikan setiap bayaran yang dibuat diberikan resit resmi syarikat serta merta sebagai perakuan bayaran.
-Pastikan borang tempahan diisi dengan betul,seperti maklimat peribadi,maklumat pinjaman dan maklumat kenderaan.
-Anda harus mnyimpan satu salinan yang lengkap yang telah ditandatangani.
-Sila baca dan fahami keseluruhan terma dan syarat yang terkandung,dalam borang tempahan tersebut.

2.KETIKA MEMOHON PINJAMAN
-Salinan borang tempahan rasmi syarikat pengedar.
-Salinan kad pengenalan yang dicatatkan perkataan "untuk tujuan pinjaman dengan syarikat kewangan "bagi penyalahgunaan salinan tersebut.
-Salinan lesen memandu atau sekeping gambar pemohon.
-Slip gaji terbaru tempoh 3 bulan.
-Surat perlantikan tawaran kerja.

3.APABILA PINJAMAN DILULUSKAN
 -Hubungi syarikat kewangan dan sahkan syarat-syarat kelulusan pinjaman seperti dicatatkan  dalam surat tawaran  ,seperti jumlah pinjaman,tempoh bayaran,kadar faedah dan jenis atau model kenderaan.
-Semua dokumen mengenai perjanjian pinjaman ditandatangani di syarikat kewangan.
-Tidak ada bayaran dikenakan bagi pengendalian proses pinjaman kenderaan.

4 PENDAFTARAN KENDERAAN
-APendaftaran kenderaan hanya boleh dibuat sekiranyanya:Bayaran penuh harga kenderaan telah dibuat (bagi pembelian tanpa pinjaman)
-Surat Aku Janji daripada syarikat kewangan dikeluarkan dan bayaran muka telah dijelaskan sepenuhnya.

5.DOKUMEN UNTUK TUJUAN PENDAFTARAN
Kemukakan Dokumen dokumen berikut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

-Salinan kad pengenalan pembeli yang disahkan dicatatkan perkataan'untuk tujuan pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja'
-2 salinan JPJ K1 yang telah diisi dan ditandatangani oleh pembeli.
-Borang pelepasan tanggungan JPJ yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli dan juga ditandatangani oleh saksi.
-Surat jualan daripada syarikat pengedar.
-Dokumen Perlindungan insurans yang berkuatkuasa yang diisi penuh dengan butir-butir pembeli dan kenderaan.
-Surat tuntutan hak milikdaripada syarikat kewangan.
-Resit tender nombor pendaftaran (jika ada)
-Bayaran pendaftaran kereta,cukai jalan,dan tuntutan hak milik termasuk dalam harga kenderaan yang diisytiharkan.
-Bayaran tambahan dikenakan bagi kes-kes seperti penukaran nombor perdaftaran yang melibatkan pengekalan nombor pendaftaran lama kepada kereta baru.

6.SEMASA PENYERAHAN KENDERAAN
Apabila anda menerima kenderaan baru,sila pastikan:

-Kereta tersebut sempurna dan munasabah.
-Perkakas dan eksesori lengkap dibekalkan.
-Buku Jaminan diisi dan dicop syarikat wakil pengedar dan ditandatangani oleh pembeli.
-Borang penyerahan resmi syarikat pengedar kereta hendaklah ditandatangani oleh pembeli serta wakil syarikat pengedar dan satu salinan disimpan oleh pembeli.


FAHAMI PAY PER USE -JANGAN TERPEDAYA!


Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pay per use (PPU)?.Secara ringkas,PPU ialah cara pembayaran untuk penggunaan data secara pukal dan bayar atau dalam erti kata lain,anda sepatutnya membayar penggunaan data berkadaran dengan penggunaan.

Untuk memahami lebih lanjut lihat contoh ini:

Katakan syarikat telekomunikasi yang anda langgan menetapkan bahawa setiap 10 kilobyte (kb) yang anda pula telah menggunakan sebanyak 1024 kb (1 Gigabyte) dalam satu tempoh tertentu.Ini bermakna anda telah menggunakan sebanyak 1024 bahagi 10=102.4 unit data boleh dicaj.Darab jumlah itu dengan caj RM0.05 dan anda akan dapati caj yang perlu dibayar bersamaan dengan RM51.20.

Itulah harga pay per use untuk 1GB=RM51.20

Bagaimanapun,secara purata,harga pakej 1GB yang ditawarkan oleh syarikat telemunikasi berada sekitar RM38.00 dan jika diulang perkiraan ditas,caj yang anda bayar ialah RM 0.03 dan ini akan menjadikan harga bagi PPU lebih daripada yang sepatutnya.

Mutakhir ini,banyak aduan dan perkongsian daripada pengguna talian prabayar mengatakan mereka dikenakan caj PPU terhadap langganan pelan data sebaik sahaja penggunaan data habis digunakan.

Seperti yang telah dijelaskan ,PPU  dicaj berdasarkan penggunaan dan sebaik sahaja kuota data langganan internet habis ,anda akan dikenakan bayaran mengikut penggunaan.

Terdapat juga kes-kes  dimana syarikat telekomunikasi yang mengenakan caj setinggi 50 sen untuk 50 kbps.

Penggunaan caj PPU bukan perkara baru,ia telah dilaksanakan sejak dahulu lagi dalam bentuk langganan jangka masa pendek seperti harian,mingguan,malah paling mengejutkan ia turut dikenakan untuk langganan bulanan ,satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Keadaan ini biasanya menjadi beban kepada pelanggan prabayar manakala untuk pelanggan pascabayar,mereka akan terbeban dengan pengurangan kelajuan aliran data.

Bagi mengelakkan keadaaan ini,anda dinasihatkan untuk menutup fungsi data bagi bagi menghalang PPU berjalan tanpa sedar apabila kuota data habis digunakan.

Anda perlu tahu.sistem operasi android atau ios sentiasa ada aplikasi yang berjalan tanpa sedar seperti kemaskini perisian dan sebagainya.

Aplikasi-aplikasi ini kadangkala akan memakan sehingga 300 kb dan jika harga untuk setiap 10 kb bersamaan RM 0.05,anda buatlah kira-kiranya sendiri untuk mengetahui berapa banyak wang anda akan melayang.

AWAS! SELEPAS BERHUBUNGAN INTIM JANGAN LAKUKAN PERKARA INI





Setelah bercinta, tidur, langsung buang air kecil, membersihkan area kewanitaan, atau bahkan makan boleh dilakukan para istri. Nah, untuk menghindari risiko infeksi, ada beberapa hal yang sebaiknya tak Anda lakukan.

Doktor spesialis obstetri dan ginekologi, Leslie EF Page, MD mengatakan setelah bercinta, jaringan vagina dalam kondisi sudah dilumasi, membengkak, dan mendapat gesekan. Kondisi itu mengubah reaksi jaringan vagina terhadap lingkungan.

"Terutama untuk risiko infeksi yang lebih besar. Maka dari itu, ada beberapa hal yang seharusnya tak Anda lakukan setelah bercinta," tutur Page.

Berikut ini hal-hal yang seharusnya tak dilakukan para istri setelah bercinta:
1. Lupa buang air kecil
Ketika penis dan vagina 'bertemu', bakteri boleh terdorong ke dalam kandung kemih. Hal ini boleh berisiko infeksi kandung kemih pasca hubungan seksual. Demikian disampaikan doktor spesialis obstetri dan ginekologi, Robert Wol, MD.

"Untuk itu, setidaknya maksimal satu jam setelah hubungan intim, kosongkan kandung kemih Anda. Kemudian, saat membasuh, bersihkan dari arah vagina ke anus untuk menghindari risiko penyebaran kotoran dari anus ke vagina," kata Wol kepada Women's Health.

Selain itu, Wol mengingatkan pembengkakkan dan lecet mikro yang dapat terjadi selama hubungan intim membuat vulva dan kulit vagina jadi lebih lembut, hingga rentan terhadap infeksi.

2. Memakai sabun khusus
Beberapa waktu lalu, dr Liva Wijaya SpOG menyarankan untuk membasuh area kewanitaan setelah berhubungan intim. Namun, tak perlu menggunakan sabun khusus, kecuali di bawah pengawasan doktor.

Sebab, penggunaan sabun khusus bukan tak mungkin menimbulkan risiko iritasi. Sehingga, cukup basuh area kewanitaan dengan air bersih dan jika ingin menggunakan sabun, pilihlah sabun yang lembut, mild, dan tidak mengandung wangi-wangian.
3. Tidur dengan mengenakan pakaian dalam berbahan bukan katun
Beberapa wanita boleh saja mengenakan lingerie saat bercinta dengan tujuan membuat pasangannya makin bergairah. Namun, ketika lingerie atau pakaian seksi lainnya yang Anda gunakan berbahan nilon, rayon, atau polyster, sebaiknya segera ganti pakaian Anda.

"Setelah berhubungan intim, kulit cenderung hangat dan lembap kerana adanya keringat, cairan vagina, dan air mani yang bercampur jadi satu," kata Page.

Nah, pakaian berbahan sintetis boleh jadi perangkap untuk kondisi vagina yang lembap dan itu dapat meningkatkan risiko infeksi jamur. Sehingga, amat disarankan untuk menggunakan pakaian dalam berbahan katun untuk memberi kesempatan vagina 'bernapas'.
4. Berendam di air hangat
Berendam di air hangat mungkin boleh jadi hal yang membuat wanita lebih rileks pasca bercinta. Tapi, perlu diketahui bahwa dalam kondisi vulva yang membengkak selama menanggapi rangsangan seksual, vagina jadi lebih rentan mengalami infeksi.

"Apalagi jika Anda berendam bersama pasangan, itu akan menambah risiko terpapar bakteria dari kulit dan anusnya. Kemudian, paparan air juga boleh jadi penghalang antimikroba di kulit Anda," tutur Page.

Untuk itu, disarankan jika ingin membasuh tubuh, mandilah dengan menggunakan air bersih yang mengalir.
. Mengelap vagina dengan tisu basah
Seboleh-bolehnya  mungkin, basuh vagina setelah berhubungan intim dengan air mengalir. Namun jika terpaksa, Anda boleh menggunakan tisu basah tetapi pilih yang relatif lebih aman, misalnya tidak mengandung wangi-wangian.

Usai bercinta, kulit vagina lebih sensitif dan paparan bahan kimia seperti alkohol, gliserin, dan minyak tertentu boleh memicu reaksi alergi. Misalnya kulit vagina kemerahan, bengkak, gatal dan nyeri.




KENALI MAKHLUK JIN



Allah telah menegaskan dalam firman-Nya, “(Dialah Allah) yang Maha Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya”. (QS. Al-Jin: 26-27). Sehingga di ayat yang lain Rasulullah diperintahkan oleh Allah untuk mengakui akan ketidaktahuannya tentang keghaiban, kecuali yang sudah diwahyukan Allah kepadanya, “Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya. Dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”. (QS. Al-A’raf: 188).


Berdasarkan ayat tersebut, kita boleh menyimpulkan bahawa yang paling tahu kehidupan alam ghaib hanyalah Allah, termasuk kehidupan jin dan syetan. Sebetulnya Rasulullah sendiri –makhluk yang paling dekat dan paling bertaqwa kepada Allah-, juga tidak tahu akan hal yang ghaib. Beliau tahu yang ghaib sebatas apa yang diberitahukan oleh Allah kepadanya melalui wahyu yang beliau terima. Sehingga kita tidak boleh sok tahu akan hal-hal yang ghaib. Kalau berbicara hal yang ghaib, ikutilah sumber wahyu yang ada (al-Qur’an dan al-Hadits) agar kita tidak tersesat, dan iman kita terhadap yang ghaib tidak salah.


Mitos Yang Harus Segera Diluruskan

Yang kita maksud dari mitos di sini adalah informasi tentang kehidupan jin yang tidak sesuai syari’at Islam. Yang selama ini menjadi opini ghaib dan wacana mistik yang mayoritas masyarakat kita meyakini akan kebenarannya. Padahal mitos itu tidak benar adanya. Akibat dari keyakinan pada mitos yang salah itu, keimanan kita pada yang ghoib, terutama tentang kehidupan jin jadi menyimpang dari syari’at Islam. Lalu dari kesalahan itu melahirkan penyimpangan prilaku dan perbuatan. Akhirnya ia takut pada sesuatu yang tidak pada tempatnya. Lebih takut kepada jin dan syetan daripada takut kepada Yang menciptakan mereka, yaitu Allah.
Jin adalah sebahagian dari makhluk ghaib. Dan beriman kepada yang ghaib adalah sebahagian dari karakter dan sifat seorang mukmin yang bertaqwa (QS. al-Baqoroh: 1-5). Kalau keimanan seorang mukmin itu salah, maka akan terjadi kecacatan (kesalahan) dalam keimanannya. Berikut keyakinan yang salah kaprah (mitos yang tak perlu dibenarkan) dan sudah sebati dalam masyarakat, serta diblow-up di berbagai macam media massa –cetak atau elektronik- yang harus segera diluruskan agar tidak merusak iman kita, atau kaum muslimin pada khususnya.


1. Jin tidak takut kepada manusia

Siapa yang berkeyakinan atau mengatakan bahwa jin tidak takut pada manusia, itu adalah pernyataan yang salah kaprah. Karena sesungguhnya jin itu sangat takut kepada manusia, melebihi ketakutan manusia kepadanya. Hanya saja, karena manusia sudah menjatuhkan martabatnya, sering menghamba kepda jin dan minta pertolongan serta perlindungan kepadanya, akhirnya jin besar kepala (sombong), dan manusia jadi bernyali ciut sehingga dihantui ketakutan kepada jin, melebihi ketakutannya kepada Allah.
Allah berfirman, “Dan bahwasannya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah mereka dosa dan kesalahan.” (QS. al-Jin: 6).
Dalam kitab-kitab tafsir disebutkan, kronologi turunnya ayat tersebut (asbabun nuzul) adalah kerana kebiasaan para saudagar di zaman Jahiliyah yang bila melalui lembah atau bukit, selalu minta perlindungan  kepada Jin penghuni lembah tempat tersebut. Mereka takut kalau tidak melakukan itu, hidupnya akan celaka. Padahal sebenarnya para Jin lembah itu takut saat mereka melaluinya. Mereka jadi sombong atas manusia.


2. Jin tidak  mati atau dibunuh

Siapa yang mengatakan bahwa jin tidak boleh dibunuh, bererti ia telah berbohong dan mendustakan syari’at Islam. Kerana syari’at Islam sendiri menyatakan bahwa jin itu boleh mati seperti manusia. Yang diberi tangguh atau dipanjangkan umurnya sampai datang kiamat hanyalah Iblis, bagian dari jin, bukan jin secara keseluruhan.
Al-Qur’an mengisahkan: “Iblis berkata, “Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan”. Allah berfirman, “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.” (QS. al-A’raf: 14-15).
Rasulullah pernah berucap dalam lantunan do’anya, “Aku berlindung dengan Kemuliaan-Mu, tiada Tuhan selain Engkau, yang tidak akan mati. Sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati.” (HR. Bukhari).


3. Jin yang menampakkan diri tidak boleh disakiti

Kebohongan publik yang sering dilakukan media massa adalah, pernyataan bahwa Jin yang menampakkan diri dalam kehidupan nyata manusia tidak boleh disakiti. Kalau kita melakukan perlawanan, pasti akan sia-sia. Penampakkan jin dikesankan sebagai sosok sakti yang tak akan tersakiti, apalagi mati. Itu kedustaan terhadap apa yang telah dikabarkan Rasulullah.
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya di Madinah ini ada jin yang telah masuk Islam. Oleh sebab itu, jika kalian melihat salah satu dari mereka, maka biarkanlah (izinkanlah) tiga hari. Jika setelah itu masih terlihat, maka bunuhlah karena ia adalah syetan.” (HR. Muslim).


4. Jin mengetahui semua keghaiban

Banyak manusia yang masih percaya bahwa para dukun itu punya koneksi dengan jin, padahal hakikatnya tidaklah begitu. Ada juga dukun palsu,dan hanya pura-pura saja. Jika ada dukun yang diyakini boleh berteman dengan Jin, maka mereka yakin bahwa dukun itu tahu akan segala macam keghaiban, termasuk tentang nasib dan masa depan mereka, dan yang lain sejenisnya. Mereka yakin bahwa jin itu tahu segala macam hal-hal yang ghaib.
Ternyata keyakinan itu salah besar. Meskipun Jin itu makhluk ghaib, mereka tidak mengetahui semua yang ghaib. Pengetahuan mereka juga terbatas. Jin mengakui sendiri akan kelemahannya, tidak mengetahui sergala jenis keghaiban termasuk nasib manusia di bumi ini, “Dan sesungguhnya kami tidak mengetahui apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi, ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi mereka”. (QS. Al-Jin: 10).
Kemudian di ayat lain, Allah berfirman, “Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, jin baru mengetahuinya. Kalau sekiranya mengetahui hal yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam siksa yang menghinakan”. (QS. Saba’: 14).


5. Jin takut kepada benda keramat atau jimat

Sering digambarkan di media massa bahwa Jin atau syetan akan takut dan lari terbirit-birit saat melihat jimat atau benda keramat lainnya. Bahkan kadang diinformasikan Jin itu terbakar saat mendekat atau memegangnya. Itu adalah kedustaan yang dilakukan oleh para dukun (agen-agen syetan) agar jimat buatan mereka laris manis. Dan sebenarnya tidak begitu.
Allah-lah yang paling faham tentang apa saja yang disukai jin atau yang ditakutinya, kerana Dialah yang telah menciptakan mereka. Tidak ada satu ayat pun atau hadits Rasulullah yang menjelaskan bahwa jin takut pada jimat, isim, wifiq, rajah atau benda-benda pusaka lainnya. Justeru yang diberitakan oleh syari’at Islam adalah syaitan takut terhadap bacaan ayat-ayat suci atau do’a-do’a Rasulullah.
Misalnya sabda Rasulullah, “Sesungguhnya syetan pergi dan kabur dari rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”. (HR. Muslim, dari Abu Hurairah). Atau hadits lain, “Apabila kamu hendak tidur di pembaringan, bacalah ayat kursi sampai tuntas, kerana Allah senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi”. (HR. Bukhari, dari Abu Hurairah).


6. Jin hanya boleh dikalahkan oleh dukun atau orang pintar

Kesesatan lain yang harus diluruskan adalah keyakinan banyak masyarakat akan kesaktian sosok manusia yang disebut dukun. Banyak orang yang yakin bahwa gangguan dan kejahatan syaitan hanya boleh dikalahkan oleh kekuatan dukun. Sehingga mereka larinya selalu ke dukun bila ada orang yang kerasukan jin atau diganggu syaitan. Itu opini sesat yang harus segera diralat.
Ketahuilah bahwa Jin atau syaitan hanya takut kepada Allah dan orang-orang mukmin yang shalih yang banyak berdzikir. Kalau ada jin (syaitan) takut pada dukun, itu hanya acting (pura-pura) agar kita selalu pergi ke dukun, dengan begitu kita akan masuk dalam perangkap syaitan. Padahal datang ke dukun adalah perbuatan yang diharamkan.
Rasulullah bersabda, “...Dan aku perintahkan kalian untuk dzikir kepada Allah yang banyak. Perumpamaan orang yang banyak dzikir itu seperti orang yang dicari-cari dan dikejar oleh musuh. Lalu ia mendapatkan benteng kukuh yang boleh melindungi dirinya dari kejaran musuh. Begitulah seorang hamba, dia tidak akan selamat dai gangguan syaitan kecuali dengan dzikir kepada Allah.” (HR. Tirmidzi dan dinyatakan sebagai hadits hasan shahih).


7. Jin muslim boleh dijadikan khadam atau teman

Racun akidah yang berbahaya dan banyak dihembuskan mereka yang sesat adalah pernyataan bahawa, “Kita boleh berteman atau minta bantuan kepada jin yang muslim”. Padahal tidak ada satupun perintah syari’at yang membolehkan kita untuk minta bantuan Jin. Bahkan malah sebaliknya, kalau kita minta bantuan jin maka dosa dan kesalahan kita semakin bertambah. Di sisi lain, jin itu makhluk ghaib, tidak boleh kita lihat wujud aslinya. Bagaimana kita boleh membezakan antara yang muslim dengan yang kafir. Kalaupun dia muslim, kita tidak tahu apakah ia muslim yang shalih, atau yang munafik, fasik atau murtad. Mungkin  kafir, lalu berubah wujud dan menampakkan diri sebagai muslim shalih, bahkan sosok ustaz atau kyai. Sebagaimana lakonan para pemain sinetron dalam dunia manusia.
Al-Qur’an menceritakan pengakuan jin, “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang shalih, dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda-beda.” (QS. al-Jin: 11).
Allah berfirman, “Dan bahwasannya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah mereka dosa dan kesalahan.” (QS. al-Jin: 6).


8. Jin tidak bisa menyakiti manusia

Ada orang kata bahawa Jin itu tidak boleh menyakiti manusia secara fisik, mereka hanya boleh mengganggu manusia secara non fisik. Sungguh, itu merupakan pernyataan yang salah. Jin boleh menyakiti manusia secara fisik, bahkan boleh membunuh dengan amarah dan dendamnya. Hanya saja kemampuan mereka umtuk melakukan hal itu terbatas. Dibatasi oleh kehendak Allah. Kalau Allah menghendaki kita celaka atau mati kerana jin, maka terjadilah. Kalau Dia tidak menghendaki, Jin manapun tidak boleh mencelakakan kita. Sehingga kita terkadang melihat orang yang kena santet (sihir), akhirnya mati dengan tragis dan misterius.
Al-Qur’an telah menceritakan bahwa Allah telah memberi izin ke Jin (syaitan) untuk menyakiti Nabi Nuh ‘alaihis salam. Allah berfirman, “Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhannya, ‘Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan’. Allah berfirman, ‘Hantamkanlah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai pikiran.” (QS. Shad: 41-43).


9. Jin bisa dilihat manusia dalam bentuk aslinya

Ini termasuk penyesatan yang fatal. Banyak orang meyakini bahawa ada manusia khusus –selain nabi dan rasul- yang boleh melihat jin dalam bentuk asalnya, bahkan mereka boleh masuk ke dunia Jin dan memantau kehidupan mereka. Itu keyakinan yang sesat, bertentangan dengan syari’at. Yang benar, tidak ada seorangpun –selain nabi dan rasul yang boleh melihat jin dalam bentuk asalnya-. Kalau ada yang mengaku boleh melakukan hal itu, itu bohong. Kalaupun dia telah masuk ke alam Jin, itu bukan alam mereka sebenarnya, tapi tipuan dan ilusi saja.
Allah telah berfirman, “Sesungguhnya ia (syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kalian dari suatu tempat yang kalian tidak boleh melihat mereka." (QS. al-A’raf: 27). Ayat tersebut dengan jelas dan gamblang memberitahukan kepada kita semua bahwa makhluk halus (jin) dalam bentuk asalnya tidak boleh dilihat oleh mata atau ditangkap oleh kamera. Kecuali kalau jin tersebut menampakkan diri.
Rasulullah bewrsabda, “Jika kalian mendengar lolongan anjing dan ringkikan keledai di malam hari, maka berlindunglah kepada Allah dari kejahatan syaitan. Kerana mereka (binatang tersebut) melihat apa yang tidak kamu lihat.” (HR. Abu Daud).
Maka dari itu Ibnu Hajar berkata, “Sesungguhnya syaitan boleh menampakkan diri dan melakukan penyerupaan yang boleh kita lihat wujudnya. Sedangkan firman Allah pada surat al-A’raf ayat 27, berlaku apabila jin dalam wujud asli penciptaannya.” (Kitab Fathul Bari: 9/ 55).


10. Jin disamakan dengan roh manusia yang telah keluar dari jasad

Termasuk keyakinan salah yang harus diluruskan adalah adanya roh gentayangan. Mereka meyakini bahwa roh orang yang mati tragis, terzhalimi atau tertindas, atau tidak wajar, maka rohnya akan gentayangan. Mereka sangat yakin, kalau ada orang yang telah meninggal secara tidak wajar, lalu di hari-hari berikutnya ada penampakan sosok orang tersebut, maka disimpulkan bahawa itu adalah roh yang gentayangan. Itu kesimpulan sesat-menyesatkan.
Roh orang yang telah mati, secara wajar atau tidak wajar, baik itu orang mukmin atau kafir, orang shalih atau brengsek, semuanya akan berada di alam barzakh (alam transit antara dunia dan akhirat). Di situ mereka akan merasakan adzab kubur atau nikmat kubur, tidak ada yang lepas lalu bergentayangan. Lalu siapa yang gentayangan, itu adalah jin (syetan) yang menampakkan diri dan menyerupai orang yang telah mati tersebut.
Allah berfirman, “Dan mereka bertanya kepada-mu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, ruh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kalian diberi pengetahuan melainkan sedikit." (QS. Al-Isra’: 85). Rasulullah juga bersabda, “Tidaklah ada seorang di antara kalian kecuali disertakan untuknya qorin dari jin dan qorin dari malaikat.” (HR. Muslim dan Ahmad dari Ibnu Mas’ud).
Dalam ayat lain Allah berfirman, "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya. Maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang kafir”. (QS. az-Zumar: 42).


Penutup

Marilah kita selalu mengingat pesan Allah dalam ayat berikut, “Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy). Kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (QS. Ali Imran: 175).
Dan di ayat lain, “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Fushshilat: 36).
Agar kita tidak dijajah oleh mitos yang tidak benar, dan keyakinan kita tidak salah dalam mengimani yang ghaib lalu melahirkan ketakutan yang salah, maka gunakanlah al-Qur’an dan al-Hadits sebagai parameternya dalam memahami hal yang ghaib secara benar.

ISTERI BOLEH DITUDUH NUSYUZ JIKA DERHAKA,ABAIKAN PASANGAN



Soalaan: Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai nusyuz di akhbar.Mengikut pemahaman saya,nusyuz adalah apabila 'seorang isteri menderhaka pada suaminya'.

Namun,dalam akhbar berkenaan,si suami memfailkan nusyuz terhadap isterinya dengan mengatakan nusyuz itu sebagai 'kembali taat'.Bolehkah puan menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci?

Jawapan: Perkembangan mutakhir yang menjadi viral media massa terutama dalam kalangan selebriti atau mereka dikenali dalam masyarakat adalah tuntutan difailan oleh suami ke mahkamah Syariah bagi mendapatkan perintah isteri nusyuz.

Kebanyakkan daripada fakta kes berkenaan juga adalah apabila si isteri itu mengambil tindakan keluar dari rumah kelamin atau tidak mahu menjalankan tugas serta kewajipan sebagai isteri terhadap suami.

Oleh itu,suami memfailkan tuntutan berkenaan iaitu sama ada suami berhasrat dengan adanya perintah nusyuz menyebabkan isteri tidak lagi berhak ke atas nafkahnya selagi dia masih nusyuz dan tidak bertaubat serta kembali mentaati suaminya dalam tempoh tertentu dan jika gagal,si isteri disabitkan sebagai nusyuz.

Ada sedikit sahaja perbezaan antara tuntutan kembali taat atau tuntutan untuk mendapatkan perintah nusyuz adalah bagi mendapatkan perintah nusyuz adalah bagi mendapatkan suatu perintah mahkamah yang mana daripada tindakan dilakukan pihak isteri yang disenaraikan adalah satu perbuatan bercanggah dengan kehendak dan perintah suami serta bertentangan syarak.

Jika ia dibuktikan ,maka si suami akan mendapat perintah perisytiharan isteri yang nusyuz.

Tuntutan bagi mendapatkan perintah kembali taat adalah permohonan suami kepada mahkamah untuk mengeluarkan arahan dalam bentuk perintah bagi mengarahkan isteri yang tidak lagi mentaati perintah suami,sudah ingkar atau keluar dari rumah didiami kembali semula kepada suami dan hidup seperti sebelumnya.

Malah,ada juga antara permohonan suami,selain mahkamah memerintahkan isteri kembali ke pangkuan suami,isteri yang gagal berbuat demikian disabitkan sebagai isteri nusyuz.

Justeru,sebenarnya ada persamaan dalam kedua-dua tuntutan kembali taat dan nusyuz.Lazimnya,tuntutan kemba bagi suami yang tidak mahu rumahtangganya menjadi lebih buruk dan berakhir dengan penceraian.

Tuntutan isteri nusyuz pula kebanyakannya menyebabkan krisis menjadi lebih lebih buruk dan rumah tangganya sukar diselamatkan.

Menurut hukumsyarak,isteri diwajibkan mentaati suaminya.Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Baqarah,ayat 228 bermaksud "Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (menurut syarak).

"Dalam pada itu orang laki-laki (suami) mempunyai darjat melebihi mereka (isteri).(ingatlah) Allah Maha Perkasa,lagi Maha Bijaksana". Menurut hadis diriwayatkan imam at-Tarmidzi daripada Abu Hurairah :"Kalaulah aku diperintahkan menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang ,nescaya aku diperintahkan seseorang isteri supaya sujud kepada suami".

Oleh itu bersandarkan kepada kedua-dua dalil ini menjelaskan kedua-dua pihak suami mahupun isteri ada tugas dan tanggungjawab masing-masing

KOTAK GEAR PERLU DIJAGA RAPI



Jika perbatuan kenderaan baru anda mencecah 1,000 kilometer,kita perlu menghantar kenderaan untuk servis pertama.

Servis pertama ialah pemeriksaan terakhir yang sepatutnya dilakukan pada semua kenderaan baru.Perkara yang perlu dilakukan pada semua kenderaan baru.Perkara yang perlu dilakukan ketika servis pertama ialh menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk  minyak kotak gear.

Jangan abaikan servis pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan kotak gear yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi dalam enjin dibuang bagi mengelak ia terhakis.

Untuk kereta versi automatik  pula penukarannya ialah setiap 15,000 atau 20,000 km.Bagi versi manual penukaran perlu dilakukan setiap 40,000 atau 50,000 km.

Perkara ini sangat penting bagi menjamin kotak gear sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan suhu operasi normal.

Bagaimana pun ,untuk menukar minyak kotak gear bergantung kepada kereta dan jenis kotak gear yang disarankan dalam manual kereta.

Dicadangkan  setiap dua kali menukar monyak kotak gear masukkan sedikit gear treatment.Setiap kali melakukan servis kenderaan minta mekanik memeriksa paras minyak kotak gear.

Pastikan ia  melebihi paras minimun .Jangan memandu kenderaan jika paras minyak gear kurang dari tahap minimun bagi mengelak kerosakan gigi gear.

Bagi kereta manual,ketika memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki diatas pedal klac .Ia boleh memendekkan jangka hayat piring klac dan merosakkan gigi gear kereta anda.

Laraskan paras klac supaya berada dalam keadaan sesuai dengan panjang kaki anda dengan meminta bantuan mekanik.Jangan paksa sekiranya gear tidak masuk,sebaiknya cuba lepaskan brek tangan dahulu.

Ketika berada pada lampu isyarat ,naturalkan gear dan tarik brek tangan.Jangan biar enjin melahu dalam keadaan gear.

Minta bantuan mekanik mengenalpasti kelajuan maksimun kotak gear dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimun.

bagi kereta automatik,pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P,R,D,L,2 dan 3.Bagi pemanduan biasa,gunakan D dan apabila memotong,gunakan butang Overdrive (OD).

Sekiranya kereta anda tidak mempunya butang OD anda perlu menerima hakikat kereta anda tidak boleh dipandu agresif.

Jangan gunakan OD pada kelajuan melebihi 100 km/jam kerana fungsinya seperti kita menurunkan gear dari 5 ke 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita memadamkan butang OD.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak dari kotak gear jangan panik kerana ia tidak rosak.Kemungkinan pelapik getahnya sudah rosak.Periksa paras minyak kotak gear secara kerap dan pastikan ia sentiasa mencukupi.

Setiap kali menukar p[iring klac tukar sekali pelapik minyak walaupun ia tidak bocor kerana jangka hayatnya sama dengan piring klac.


Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut