KERETA TERPAKAI-PERIKSA TELITI SEBELUM BELI.




Kebanyakan pengguna menukar kereta lama kepada yang baru apabila ekonomi dan kewangan mereka mengizinkan.Namun,situasi berubah sekiranya selama ini kita menggunakan motosikal dan berkeluarga kerana kereta semakin penting untuk kegunaan keluarga.

Bagaimanapun,membeli kereta baru cukup membebankan kerana harganya tinggi ,Oleh itu,kebanyakan pengguna membeli kereta terpakai .

Pembelian kereta terpakai memerlukan kebijaksanaan supaya tidak tertipu dengan membeli kereta terpakai bermsalah.Kita perlu ingat bahawa aspek keselamatan penting untuk jaminan kita dan keluarga tersayang.

Sebelum membeli kereta terpakai anda perlu mengunjungi pengedar terpakai dan melihat kereta yang mampu dimiliki mengikut keadaan kewangan dan ekonomi masing-masing.Apabila menemui kereta yang berkenan anda perlu memeriksa dengan teliti.Berikut disini diberikan beberapa panduan ringkas yang boleh digunakan ketika memeriksa kereta terpakai.

Langkah pertama,periksa kereta terpakai pada siang hari.Jangan melakukannya pada malam hari kerana anda mungkin tidak dapat melihat keseluruhan kereta dengan jelas.Sentiasa ingat bahawa kereta terpakai yang dibiarkan dibawah sinaran matahari dan hujan boleh menyebabkan beberapa bahagiannya berkarat.

Apabila memeriksa kereta terpakai model lama,periksa dengan teliti bahagian yang sudah mengalami keadaan karat untuk mengetahui betapa seriusnya tahapnya seperti bonet dan dibahagian pintu.Karat yang berlaku pada struktur utama kereta berbahaya dan masalah besar jika tidak diberikan perhatian.Lihat dengan teliti bahagian yang menampung beban dan pemasangan stereng.

Jika memasuki dalam kereta ,periksa bahagian bawah pengalas,pelapik but dan bahagian simpanan tayar ganti.Perhatikan tiada karat berlaku disitu.Anda perlu memeriksa bahagian penutup petrol supaya ia tidak berkarat.Anda perlu melihat bahagian dalam enjin jika ada karat berlaku pada pada enjin berkenaan.
Jika berkarat ,beralih ke kereta lain kerana enjin yang berkarat memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi .Jika anda melihat beberapa bahagian pada kereta kelihatan menggelembung atau tidak kemas ,karat mungkin memakan lapisan cat pada kereta dan pemilik sudah mengecat pada bahagian berkenaan untuk melindunginya.

Anda boleh menggunakan magnet untuk memeriksa jika karat berlaku pada bahagian berkenaan kerana ia tidak melekat pada bahagian tersebut.Cuba perhatikan dengan teliti jika cat kereta berada dalam keadaan baik dan berkilat.Adakah dibahagian tertentu kelihatan seperti baru di cat semula?Perhatikan jika cat yang digunakan untuk melindungi kerosakan atau untuk melindungi karat.Jika ada kesan cat tidak kemas ini menunjukkan suatu pembaikan sudah dilakukan.Anda perlu periksa bahagian terlindung ini kerana ia sangat penting supaya supaya tidak terbeli kereta yang bermasalah.Berdiri pada bahagian sudut kereta ,henjutkan sudut itu ke atas dan kebawah beberapa kali kemudian berhenti.Henjutan itu sepatutnya berhenti dengan serta merta .Sekiranya ia tidak berhenti dan masih menghenjut ,ini bermakna penyerap hentak kereta itu tidak berfungsi seperti biasa.Lakukan begini pada semua sudut kereta.

Kemudian berdiri dibahagian belakang ,depan dan sisi kereta berkenaan.Adakah ia kelihatan senget?Jika senget,itu bermakna gegelung pada penyerap hentak memang sudah haus.Oleh itu,penyerap hentak memang tidak berfungsi seperti sedia kala.Anddsa menggantikaaika anda membeli kereta berkenaan.

Periksa bunga tayar,bunga pada keempat-empat tayar  termasuk tayar ganti.Tayar yang dalam keadaan baik penting untuk mengekalkan kestabilan kenderaan terutama ketika memandu pada waktu hujan.Corak bunga tayar perlu sekurang-kurangnya 1.5 milimeter pada keseluruhan  ukur lilit tayar.Kebanyakan tayar dipasaran mempunyai corak bunga tayar  haus dan perlu ditukar bagi mengelak kemalangan serius.

Sewaktu anda melihat keadaan tayar pad kereta terpaka,corak bunga tayar mungkin berkeadaan baik ataus haus.Jika corak bunga tayar hanya haus pada bahagian dalam,masalah utama kereta mungkin pada stereng,sistem suspensi atau penjajaran tayar yang tidak betul.Pusingkan stereng dan lihat bahagian dalam tayar dengan lebih dekat.Jika cora bunga tayar botak,maka bahagian dalaman kereta berkenaan sememangnya bermasalah.

Periksa badan kereta secara keseluruhan dan bahagian ruang panel pintu kereta sewaktu membuka dan menutupnya.Adakah ia berfungsi dengan baik?Jika ia tidak sejajar ,ini bermakna ia pernah terbabit dengan kemalangan.Periksa semua tingkap supaya cermin boleh dibuka sepenuhnya dan bukan hanya separuh.





Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut