KENDERAAN DITARIK? KETAHUI HAK ANDA



Kenderaan tidak besar atau kecil,mahal atau murah merupakan satu keperluan kepada semua dewasa ini.Oleh kerana ia menjadi satu keperluan pasti akan sentiasa dicari oleh setiap anggota masyarakat.

Dengan bertambahnya bilangan penduduk baik desa mahupun bandaraya,maka secara logiknya permintaan terhadap kenderaan akan semakin bertambah secara langsung akan mengakibatkan terbitnya kepelbagaian dalam penawaran.

Disebabkan itu,dewasa ini anda dapat melihat baik pengeluar kenderaan mahupun penjual kenderaan terpakai (second-hand) menawarkan pelbagai pakej bagi menarik minat belian.

Biasanya ,apabila anda menghadapi masalah pembayaran,ialah Si Penarik kereta yang mana menjadi lumrah bagi kebanyakkan mandsa tarik akan menjadi 'mati kutu' apabila berdepan dengan masalah ini.

Selain dari kenderaan akan ditarik bila-bila masa selepas dua bulan 21 hari,ada pekerja bank (bukan semua) yang bersekongkol dengan si penarik kereta membekalkan maklumat pemimjam selain:

1. Tidak membenarkan bayaran dibuat jika penarik kereta memaklumkan bahawa kenderaan dengan ansurans tertunggak telah ditemui.

2. Memberi surat penarikan terus kepada penarik kereta Bukan kepada pemilik.

3.Tetap keluarkan arahan tarik kenderaan walaupun pemilik telah berbincang dengan tarikh bayaran.

4.Membiarkan penarik kenderaan menggunakan kenderaan itu sebelum diserahkan kepada bank.

5. Menghantar surat saman/tuntutan dan

6. Bila kenderaan ditarik dan dilelong pada harga kurang daripada hutang ,pihak bank kenakan tindakan sivil terhadap bekas pemilik.

Bila keadaan -keadaan tersebut terjadi,dengan mengetahui hak anda sebagai pengguna,anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penindasan si penarik si penarik kereta .Perlu diingat bahawa dibawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010 yang telah dikuat kuasakan,institusi kewangan tidak dibenarkan untuk menarik kenderaan yang gagal membuat bayaran bulanan sekiranya penyewa telah melunaskan lebih 75 peratus daripada jumlah pinjaman sewa belinya apabila Rang Undang-Undang Sewa Beli (pindaan)2010 diwartakan kelak.

Persatuan keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) yakin bahawa anda semua tahu bahawa perkara yang disenaraikan dibawah menjadi kesalahan bagi sipenarik kereta dan boleh dibawa ke pihak berkuasa untuk diadukan.

1.Undang-undang telah menetapkan bahawa kenderaan yang tertunggak bayaran ansurannya yang diletakkan di dalam kawasan rumah tidak boleh ditarik.Justeru itu,tindakan menunggu pemilik sehingga keluar rumah dan mengganggu atau memberikan tekanan adalah salah disudut perundangan.

2.Kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kereta awam hanya boleh ditarik pada waktu bekerja sahaja.

3.Penarik kenderaan mestilah pekerja syarikat kewangan pinjaman dibuat dan perlu mempunyai kad kuasa yang sah kepada pemilik sewaktu mahu menarik kenderaan tersebut.

4.Sebuah kenderaan itu hanya boleh ditarik apabila laporan polis dibuat BUKANNYA sebelum itu.

5.Mereka yang ditugaskan untuk menarik kenderaan bermotor hendaklah seminimun mungkin,melainkan dalam keadaan yang memerlukan kumpulan yang lebih ramai serta dilarang sama sekali menggunakan kekerasan.

6.Penyewa hendaklah diberi masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barang-barang peribadi daripada kenderaan bermotor yang akan ditarik.

7.Pastikan anda telah menerima notis jadual keempat yang merupakan notis bertulis 21 hari yang menyatakan hasrat syarikat kewangan untuk menarik kenderaan bermotor 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat,notis kedua akan dikeluarkan untuk memberitahu anda bahawa syarikat kewangan berhasrat untuk menarik kenderaan bermotor selepas luput notis Jadual Keempat. Notis berkenaan akan dihantar oleh syarikat kewangan itu sendiri atau melalui pos berdaftar ke alamat terakhir yang diketahui.

PKP menasihatkan anda untuk memerhati dan memastikan semua syarat diatas dipatuhi dan seandainya berlaku perlanggaran peraturan di atas,anda boleh membuat aduan kepada syarikat kewangan terbabit atau kepada Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.

Secara umum,masyarakat mengetahui dan terus beranggapan bahawa kumpulan penarik kereta adalah terdiri daripada gengster atau kumpulan kongsi gelap yang bergerak secara haram atau tidak mengikut undang-undang.

Oleh itu penting bagi proses penarikan kereta oleh pihak bank atau pembiaya mengikut undang-undang  dan peraturan sedia ada yang telus,bertanggungjawab dan sudah tentu yang didaftarkan serta diawasi oleh pihak berwajib.

Seterusnya pihak yang melaksanakan proses penarikan kereta berkenaan mestilah dilakukan secara teratur dan disiplin.

Dakwaan bahawa adanya pelanggan pinjaman sewa beli yang mungkin tidak memberikan kerjasama kepada penarik kereta tidak boleh dijadikan alasan untuk mengiktiraf kaedah atau pendekatan gengsterisme dalam perkara berkenaan.

Biasanya,syarikat kewangan akan melantik penarik yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat sewa beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor.Penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya,kad kuasa dan surat arahan penarikan yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan yang membenarkan penarik mengambil kenderaan bermotor tersebut.Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan anda.

Penarik haruslah menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas menarik kenderaan bermotor daripada anda.Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia telah mengeluarkan "Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Perilaku Penarik"  untuk dipatuhi oleh penarik dan untuk melindungi kepentingan penyewa.

Hakikatnya penarikan kenderaan adalah jalan terakhir syarikat kewangan terhadap pengguna yang enggan membayar ansuran .Selain memberi notis amaran,syarikat kewangan wajar wajar mengemukakan dokumen lengkap dan menghantar wakil ketika operasi menarik kereta dilakukan.

Syarikat kewangan juga boleh menyediakan senarai syarikat penarik kereta berdaftar dan aktif sebagai rujukan pengguna.Walaupun institusi kewangan berhak mendapat harta milik mereka,namuntindakan ejen tarik kereta menggunakan kaedah tidak profesional yang mengancam keselamatan orang ramai wajar dihindari.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut