ISTERI BOLEH DITUDUH NUSYUZ JIKA DERHAKA,ABAIKAN PASANGAN



Soalaan: Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai nusyuz di akhbar.Mengikut pemahaman saya,nusyuz adalah apabila 'seorang isteri menderhaka pada suaminya'.

Namun,dalam akhbar berkenaan,si suami memfailkan nusyuz terhadap isterinya dengan mengatakan nusyuz itu sebagai 'kembali taat'.Bolehkah puan menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci?

Jawapan: Perkembangan mutakhir yang menjadi viral media massa terutama dalam kalangan selebriti atau mereka dikenali dalam masyarakat adalah tuntutan difailan oleh suami ke mahkamah Syariah bagi mendapatkan perintah isteri nusyuz.

Kebanyakkan daripada fakta kes berkenaan juga adalah apabila si isteri itu mengambil tindakan keluar dari rumah kelamin atau tidak mahu menjalankan tugas serta kewajipan sebagai isteri terhadap suami.

Oleh itu,suami memfailkan tuntutan berkenaan iaitu sama ada suami berhasrat dengan adanya perintah nusyuz menyebabkan isteri tidak lagi berhak ke atas nafkahnya selagi dia masih nusyuz dan tidak bertaubat serta kembali mentaati suaminya dalam tempoh tertentu dan jika gagal,si isteri disabitkan sebagai nusyuz.

Ada sedikit sahaja perbezaan antara tuntutan kembali taat atau tuntutan untuk mendapatkan perintah nusyuz adalah bagi mendapatkan perintah nusyuz adalah bagi mendapatkan suatu perintah mahkamah yang mana daripada tindakan dilakukan pihak isteri yang disenaraikan adalah satu perbuatan bercanggah dengan kehendak dan perintah suami serta bertentangan syarak.

Jika ia dibuktikan ,maka si suami akan mendapat perintah perisytiharan isteri yang nusyuz.

Tuntutan bagi mendapatkan perintah kembali taat adalah permohonan suami kepada mahkamah untuk mengeluarkan arahan dalam bentuk perintah bagi mengarahkan isteri yang tidak lagi mentaati perintah suami,sudah ingkar atau keluar dari rumah didiami kembali semula kepada suami dan hidup seperti sebelumnya.

Malah,ada juga antara permohonan suami,selain mahkamah memerintahkan isteri kembali ke pangkuan suami,isteri yang gagal berbuat demikian disabitkan sebagai isteri nusyuz.

Justeru,sebenarnya ada persamaan dalam kedua-dua tuntutan kembali taat dan nusyuz.Lazimnya,tuntutan kemba bagi suami yang tidak mahu rumahtangganya menjadi lebih buruk dan berakhir dengan penceraian.

Tuntutan isteri nusyuz pula kebanyakannya menyebabkan krisis menjadi lebih lebih buruk dan rumah tangganya sukar diselamatkan.

Menurut hukumsyarak,isteri diwajibkan mentaati suaminya.Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Baqarah,ayat 228 bermaksud "Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (menurut syarak).

"Dalam pada itu orang laki-laki (suami) mempunyai darjat melebihi mereka (isteri).(ingatlah) Allah Maha Perkasa,lagi Maha Bijaksana". Menurut hadis diriwayatkan imam at-Tarmidzi daripada Abu Hurairah :"Kalaulah aku diperintahkan menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang ,nescaya aku diperintahkan seseorang isteri supaya sujud kepada suami".

Oleh itu bersandarkan kepada kedua-dua dalil ini menjelaskan kedua-dua pihak suami mahupun isteri ada tugas dan tanggungjawab masing-masing

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut